Thursday, November 19, 2009

Uruguay terakhir layak ke Piala Dunia 2010


URUGUAY muncul pasukan terakhir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas menang perlawanan playoff menentang Costa Rica dengan agregat 2-1.

Pada perlawanan timbal balik kedua di gelanggang sendiri awal pagi tadi, Uruguay diikat 1-1 oleh Costa Rica, namun kemenangan 1-0 di gelanggang lawan, Ahad lepas memastikan tiket buat wakil dari Amerika Selatan itu ke pusingan akhir Piala Dunia.

Uruguay mengiringi Greece, Perancis, Portugal, Slovenia dan Algeria yang turut menang perlawanan playoff masing-masing. Slovenia mengejutkan Russia 1-0 pada perlawanan kedua, sekaligus mara menerusi peraturan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2.

Greece pula menyingkirkan Ukraine manakala Portugal mengatasi Bosnia untuk layak. Kemaraan Perancis pula diselubungi kontroversi selepas jaringan William Gallas terlebih dahulu mengenai tangan Thiery Henry sebelum pertahanan Arsenal itu menampan bola lintang dalam kotak penalti untuk mengikat Ireland 1-1. Pada perlawanan pertama, Perancis menang 1-0 hasil jaringan Nicolas Anelka.

Keputusan penuh playoff Piala Dunia 2010

Thursday, October 8, 2009

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 #1

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 :: Zon OCEANIA




Negara P M S K J B MT
1
New Zealand** 6 5 0 1 14 5 15
2
New Caledonia 6 2 2 2 12 10 8
3
Fiji 6 2 1 3 8 11 7
4
Vanuatu 6 1 1 4 5 13 4


* Slot Automatik: 0 + 1 Playoff

* Juara Oceania akan menentang pemenang playoff Zon Asia (pasukan kelima) untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

** Juara Oceania: New Zealand (akan menentang Bahrain dalam perlawanan playoff merebut slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2010).

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 #2

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 :: Zon Asia


Kumpulan 1



Negara P M S K J B MT
1
Australia* 8 6 2 0 12 1 20
2
Jepun* 8 4 3 1 11 6 15
3
Bahrain** 8 3 1 4 6 8 10
4
Qatar 8 1 3 4 5 14 6
5
Uzbekistan 8 1 1 6 5 10 4


Kumpulan 2



Negara P M S K J B MT
1
Korea Selatan* 8 4 4 0 12 4 16
2
Korea Utara* 8 3 3 2 7 5 12
3
Arab Saudi 8 3 3 2 8 8 12
4
Iran 8 2 5 1 8 7 11
5
UAE 8 0 1 7 6 17 1


* Slot Automatik: 4 + 1 Playoff

* JUARA dan NAIB Juara setiap kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 secara automatik. Pasukan tangga ketiga setiap kumpulan akan berentap secara timbal balik dan pemenang akan bermain playoff dengan juara Oceania untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

* Layak automatik: Australia, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara.

** Playoff: Bahrain menang perlawanan playoff menentang Arab Saudi menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah aggregat terikat 2-2 dalam perlawanan timbal balik dan akan menentang New Zealand (Juara Oceania) untuk merebut slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Wednesday, October 7, 2009

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 #3

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 :: Zon Amerika Utara, Tengah & Caribbean (CONCACAF)




Negara P M S K J B MT
1
Amerika* 10
6 2 2 19 13 20
2
Mexico* 10
6 1 3 18 12 19
3
Honduras* 10 5
1 4 17 11 16
4
Costa Rica** 10 5 1 4 15 15 16
5
El Salvador 10 2 2 6 9 15 8
6
Trinidad 10 1 3 6 10 22 6


* Slot Automatik: 3 + 1 Playoff

* TIGA pasukan teratas layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 secara automatik. Pasukan tangga keempat** akan bermain playoff menentang pasukan tangga kelima Zon Amerika Selatan (CONMEBOL).

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 #4

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 :: Zon Amerika Selatan (CONMEBOL)




Negara P M S K J B MT
1
Brazil* 18 9 7 2 33 11 34
2
Paraguay* 18 10 3 5 24 16 33
3
Chile* 18 10 3 5 32 22 33
4
Argentina* 18 8 4 6 23 20 28
5
Uruguay** 18 6 6 6 28 20 24
6
Ecuador 18 6 5 7 22 26 23
7
Colombia 18 6 5 7 14 18 23
8
Venezuela 18 6 4 8 23 34 22
9
Bolivia 18 4 3 11 22 36 15
10
Peru 18 3 4 11 16 34 13


* Slot Automatik: 4 + 1 Playoff

* EMPAT pasukan teratas layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 secara automatik. Pasukan tangga kelima** akan bermain playoff menentang pasukan tangga keempat Zon CONCACAF untuk melayakkan diri.

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 #5

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010 :: Zon Afrika


Kumpulan 1



Negara P M S K J B MT
1
Cameroon* 6 4 1 1 9 2 13
2
Gabon 6 3 0 3 9 7 9
3
Togo 6 2 2 2 3 7 8
4
Morocco 6 0 3 3 3 8 3


Kumpulan 2



Negara P M S K J B MT
1
Nigeria* 6 3
3 0 9 4 12
2
Tunisia 6 3 2 1 7 4 11
3
Mozambique 6 2 1 3 3 5 7
4
Kenya 6 1 0 5 5 11 3


Kumpulan 3



Negara P M S K J B MT
1
Algeria* 6 4 1 1 9 4 13
2
Mesir 6 4 1 1 9 4 13
3
Zambia 6 1 2 3 2 6 5
4
Rwanda 6 0 2 4 1 8 2


Kumpulan 4



Negara P M S K J B MT
1
Ghana* 6 4 1 1 9 3 13
2
Benin 6 3 1 2 6 6 10
3
Mali 6
2 3 1 8 7 9
4
Sudan 6 0 1 5 2 9 1


Kumpulan 5



Negara P M S K J B MT
1
Ivory Coast* 6 5 1 0 19 4 16
2
Burkina Faso 6 4 0 2 10 11 12
3
Malawi 6 1 1 4 4 11 4
4
Guinea 6 1 0 5 7 14 3

* Slot Automatik: 5
* JUARA setiap kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 secara automatik.
* Algeria (Kump. 3) layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 selepas menang 1-0 pada perlawanan penentuan berkecuali menentang Mesir.